Ads 468x60px

Wednesday, February 13, 2013

A-Excel, Pelan Simpanan dan Perlindungan



Pelan Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan yang memenuhi Perancangan Kewangan impian anda untuk masa hadapan.

Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang berbeza. Menyimpan untuk  impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut. Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan  anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.

Apakah  itu A-Excel?

A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. Ia menyedíakan perlindungan takaful di atas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Pelan  ini menyediakan :

Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum  tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai di dalam akaun peserta ("Nilai Akaun Peserta") akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil seperti yang ditunjukkan seperti di bawah :
Kurang dari 1 tahun 20%
1 tahun 40%
2 tahun 60%
3 tahun 80%
4 tahun atau ke atas 100%
Faedah Hilang Upaya Menyeluruh  dan Kekal (TPD) 
Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun Peserta  berserta  jumlah  sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100% jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan  baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya  tersebut, akan dibayar.

Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup  semasa  tarikh matang.

Adakah  saya dibenarkan untuk melampirkan  sebarang  rider ke pelan ini?

Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami di bawah :

1) Faedah  Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.

Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM200,000, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM20,000. Sehingga tahun ke 20. Atau perlindungan minima RM30,000 anda boleh mendapatkan RM3,000 setiap 2 tahun secara konsisten.

2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani  sebarang pembedahan yang dilindungi.

3) Faedah Pencarum  (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal  (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu dari 35 penyakit kritikal (jika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu, semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.

Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan  ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.

Berapakah  jumlah perlindungan minimum?
RM30,000.

Berapa lamakah tempoh bayaran caruman  bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana  terdahulu.

Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun sekali sebulan.

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan menyimpan sekarang disamping melindungi diri anda dengan AIA AFG Takaful.

Dapatkan proposal/quotation PERCUMA :









NOTA PENTING:
Risalah ini menyediakan ringkasan mengenai ciri-ciri utama produk ini. Ini bukan merupakan sijil takaful. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk butiran lanjut atau terma-terma dan syarat-syarat yang tepat.


Buat duit sampingan dengan Handphone, buat duit online dan Simkad Tune talk Tone Excel

1 comments:

Penafian (Disclaimer)

Laman blog ini bukan laman blog rasmi AIA PUBLIC Takaful Berhad. Info yang terdapat di dalam laman blog ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan ringkas dan memasarkan produk yang dinyatakan semata-mata. Ianya dianggap tepat dan betul semasa data dimasukkan. AIA PUBLIC Takaful Berhad dan TakafulAndYou tidak bertanggungjawab di atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini. Pelawat dinasihatkan membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan TANPA dipengaruhi pihak ketiga. Terima kasih.

Kalkulator Pinjaman Peribadi


Kiraan Kelayakan Potongan Bulanan


Masukkan maklumat yang diperlukan :
- Gaji Kasar (Gaji Pokok +Elaun Tetap) (RM)
- Had Kelayakan (40/50/60/75%)
- Jumlah Potongan (RM)
- Jumlah Kelayakan (RM) 

Kiraan Kelayakan Pinjaman


Masukkan maklumat yang diperlukan :
- Jumlah Pinjaman Dipohon (RM) :
- Tempoh (Tahun)
- Kadar Keuntungan Tetap (%)
- Ansuran Bulanan (RM) 

Untuk pelbagai pakej pinjaman peribadi dan kiraan tepat, KLIK SINI
 
error: Content is protected !!