Ads 468x60px

Thursday, February 14, 2013

A-EduSmart, Pelan Pendidikan Anak


Lindungi aset anda yang paling berharga. Menjamin masa depan anak anda dengan pelan pendidikan yang kukuh dan perlindungan Takaful yang menyeluruh.

Anak adalah asset kita yang paling berharga. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab untuk melindungi dan memastikan anak kita akan mencapai impian dan cita-cita mereka. Hari ini, selain daripada menyediakan keperluan asas, kita turut berperanan untuk memupuk dan menjadi mentor kepada mereka. Dan setiap peranan yang kita lakukan memerlukan kita untuk merancang dan bersedia untuk hari esok.

Kami tahu sebagai ibubapa, matlamat peribadi anda adalah untuk memastikan anak anda mendapat semua peluang untuk memenuhi potensi mereka yang sebenar dan berjaya dalam kehidupan. Demi untuk melindungi aset berharga ini, anda harus membuat perancangan awal untuk menjamin masa depan anak anda dengan menyediakan pendidikan yang mencukupi sehingga ke peringkat pembelajaran yang tertinggi.

Di AIA AFG Takaful Bhd. (AATB), kami memahami peranan anda dan turut bersama anda untuk merealisasikan impian anak anda. Pelan pendidikan kami, A-EduSmart direka khas untuk menguruskan semua keperluan anak anda yang sentiasa berubah-ubah, seperti kos pendidikan yang kian meningkat, perancangan kewangan atau perlindungan perubatan.

Dengan AATB, anda tidak perlu menunaikan tanggungjawab ini bersendirian. Kami memahami komitmen anda dan kami akan berada di samping anda di setiap langkah untuk merealisasikan impian anak anda.

Pertimbangkan Ini

Pada masa kini, pembelajaran sistematik bermula dari awal untuk membantu anak anda meluaskan pemikiran agar mereka lebih berdaya saing. Dengan kata lainnya, ibubapa kini perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk tempoh masa yang lebih panjang untuk membayar bil pendidikan anak mereka. Ini boleh menyebabkan penyusutan kewangan yang ketara kepada mana-mana keluarga. Ibubapa boleh menyelesaikan isu ini dengan mewujudkan dana untuk menampung kos pendidikan peringkat tinggi yang meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Dalam membuat perancangan untuk pendidikan anak anda, anda mungkin mahu mempertimbangkan soalan-soalan mudah tetapi penting seperti berikut :
• Berapa jumlah perbelanjaan yang anda perlukan untuk menampung kos pendidikan anak anda?
• Apakah tahap pendidikan atau kursus yang anak anda mahu ikuti?
• Adakah sumber dana yang sedia ada mampu menampung kos pendidikan tersebut?
• Adakah pelan sedia ada anda cukup fleksibel untuk mengatasi ketidaktentuan hidup?

                                                                 * Please click to enlarge

Realitinya, pendidikan memerlukan perbelanjaan yang mahal. Kos pendidikan kian meningkat dan  kemungkinan besar simpanan anda tidak mencukupi untuk menyediakan pendidikan peringkat tinggi kepada anak anda.

Sumber: Study Malaysia Research Team; Study in Malaysia Handbook (7th International Edition); pelbagai laman sesawang berkaitan; buku panduan pengajian daripada pelbagai negara; Nilai University College Prospectus 2011; dan International Medical University Fees 2011

Faedah-faedah Penting dalam A-EduSmart

A-EduSmart adalah pelan simpanan dan perlindungan fleksibel yang dapat melindungi anak anda dari ketidakpastian hidup. A-EduSmart boleh membantu untuk mencapai keperluan-keperluan berikut :

• Membentuk Dana

i) Pelan Berkaitan Pelaburan
Menyimpan secara teratur apabila anda membayar caruman dan nikmati potensi pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda.
ii) Faedah Matang Apabila mencecah tempoh matang, baki Nilai Akaun akan dibayar.

• Nikmati Perlindungan Takaful

i) Faedah Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Apabila berlaku Kematian atau TPD ke atas Orang Dilindungi, jumlah perlindungan asas dan Nilai Akaun akan dibayar.

ii) Rider-rider yang boleh disertakan
Anda boleh meningkatkan perlindungan anak anda dengan menambah rider-rider kepada pelan asas A-EduSmart. Pilih mana-mana daripada rider-rider berikut untuk menikmati perlindungan Takaful yang lebih menyeluruh :
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider A-Medik
• Rider Faedah Pencarum Yang Ditingkatkan
• Rider Penepian Caruman
• Faedah Kemasukan Hospital Seumur Hidup
• Faedah Pencarum Bersama Dipertingkatkan

• Penerimaan Bantuan Tunai

Bayaran Pendidikan - Terdapat faedah bayaran tahunan selama 5 tahun bermula dari umur 18 ke atas untuk menyara yuran-yuran pengajian seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :

* Please click to enlarge

Bayaran Pendidikan ini akan dibayar daripada Dana Pelaburan Peserta.

• Faedah Lain

Pelepasan Cukai - Sumbangan yang dibayar bagi pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan takaful/insurans di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, tertakluk kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ciri-ciri Penting dalam A-EduSmart

Melalui A-EduSmart, anda akan memiliki pelan pendidikan yang fleksibel dengan ciri-ciri penting seperti berikut :
                                                                * Please click to enlarge

Dapatkan proposal/quotation PERCUMA :









NOTA PENTING: 
Risalah ini menyediakan ringkasan mengenai ciri-ciri utama produk ini. Ini bukan merupakan sijil takaful. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk butiran lanjut atau terma-terma dan syarat-syarat yang tepat.


Buat duit sampingan dengan Handphone, buat duit online dan Simkad Tune talk Tone Excel

1 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Laman blog ini bukan laman blog rasmi AIA PUBLIC Takaful Berhad. Info yang terdapat di dalam laman blog ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan ringkas dan memasarkan produk yang dinyatakan semata-mata. Ianya dianggap tepat dan betul semasa data dimasukkan. AIA PUBLIC Takaful Berhad dan TakafulAndYou tidak bertanggungjawab di atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini. Pelawat dinasihatkan membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan TANPA dipengaruhi pihak ketiga. Terima kasih.

Kalkulator Pinjaman Peribadi


Kiraan Kelayakan Potongan Bulanan


Masukkan maklumat yang diperlukan :
- Gaji Kasar (Gaji Pokok +Elaun Tetap) (RM)
- Had Kelayakan (40/50/60/75%)
- Jumlah Potongan (RM)
- Jumlah Kelayakan (RM) 

Kiraan Kelayakan Pinjaman


Masukkan maklumat yang diperlukan :
- Jumlah Pinjaman Dipohon (RM) :
- Tempoh (Tahun)
- Kadar Keuntungan Tetap (%)
- Ansuran Bulanan (RM) 

Untuk pelbagai pakej pinjaman peribadi dan kiraan tepat, KLIK SINI
 
error: Content is protected !!